Alhamdulillah, menerusi Hidayah Centre Bundu Tuhan Program ibadah Qurban telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di daerah Ranau bagi tahun 2016.
Edisi yang memasuki tahun ke-3 ini telah melibatkan tiga kawasan perkampungan iaitu Kg Siba Bundu Tuhan, Kg Perancangan dan Kg Daramakan, Ranau.
Bersama penduduk kampung menunaikan solat sunat Aidil Adha di Surau At-Taqwa Bundu Tuhan |
Seekor lembu yang disumbangkan untuk asnaf Bundu Tuhan |
Tompinai Poingkaaa |
Mengasah bakat di masa muda untuk hari tua.hehe |
Foto kenangan bersama keluaraga muallaf Bundu Tuhan |
Sesi pengagihan ke rumah muallaf |
Program Ibadah Quran mula dilaksanakan pada hari isnin 12.september.2016 di perkarangan Surau At-Taqwa Kg Siba Bundu Tuhan. Program dimulakan dengan penduduk muslim solat sunat Aidil Adha berjemaah dan mendengar khutbah yang telah disampaikan oleh Encik Joannes Lukas, Pengurus Besar Hidayah Centre Sabah.
Pada Keesokan harinya, program ibadah Qurban dilaksanakan di perkarangan dewan Kg Perancangan Ranau. Seramai 25 keluarga muallaf mendapat agihan daging qurban di kg tersebut. Para penduduk muslim di Kg Perancangan amat teruja sekali dengan adanya program ibadah Qurban sebegini kerana ini merupakan program yang pertama kali diadakan untuk mereka.
Pada Rabu pula, program ibadah Qurban ini diraikan bersama keluarga-keluarga muallaf di Kg Daramakan Ranau. Para penduduk muslimin dan muslimat bergotong-royong melapah daging qurban untuk diagihkan kepada para penerima. Seramai 28 keluarga muallaf menerima agihan daging qurban.
Untuk akhirnya, kami dari Hidayah Centre Bundu Tuhan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampung di Kg Siba Bundu Tuhan, Kg Perancangan dan Kg Daramakan yang amat memberikan kerjasama dalam menjayakan ibadah Qurban pada tahun ini.
Juga tidak dilupa, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih khasnya kepada para penyumbang yang budiman yang menyumbang 3 ekor lembu.
Semoga dengan pegorbanan wang ringgit kalian demi untuk meraih dan memberi sokongan khususnya kepada golongan saudara baru di negeri Sabah ini mendapat ganjaran di sisi Allah Subhanahu Wata'ala.
"Daging (haiwan qurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNYA adalah ketaqwaan kamu" -
Suroh Al-Hajj ayat 37-
Sekian, Ponsikou.
chenko92
18092016
1.08pm
Bundu Tuhan