Edisi di Hari Jadi,
19 Julai 1992,
Kg Garinono Batu 25 Sandakan.
19 Julai 1992,
Kg Garinono Batu 25 Sandakan.
Rasa terpanggil nak meng-Sharing di laman ini.
Letih sebenarnya, ni baru balik dari men futsal dgn kengkawan,
Sedap gak court Futsal Marakau, Ranau tu.
Mcam ada aura Ronaldinho dalam court tu td,
Nth brp ole aq bagi mlm ni.hahahah (ketawa jahat).
_________________________________________________________________________________
Tika ini,
Usiaku menjangkau angka 24.
Serasa macam baru kemarin aq mengenakan pakaian sekolah rendah,
baju putih berseluar biru,
Pegi sekolah muka kuyu-kuyu.
Ingat lagi,
Dulu pepagi kami bertiga pagi2 buta dah tunggu bas tepi jalan rumah,
Ceritanya nak pegi sekolah,
Aq, Hilmiah & Marlina,
Perit duka sengsara bahagia tempuhi bersama,
Kadang kala waktu pagi nak p sekolah terlepas bas,
balik petang t pun kdg2 terlepas plak.
Bayangkan je la,
Bangun pagi pukul 0500,
Dalam beg baju sekolah ugama dah siap2 pack,
Pegi sekolah rendah pkul 0600,
Sekolah rendah tamat pukol 12 lebih,
Nanti jalan kaki lagi pegi sekolah ugama (SUIS).
Dengan berbekalkan RM1.20,
RM 0.30 tambang bas sekolah,
Pulang balik kena siap2 RM0.60,
Terkadang duit habis xda bikin tambang bas,
Terpaksa buat muka sedih dekat kondaktor,
Bas Labuk (NO 32) itu lejen,
Ada lagi baki RM0.60,
Xbole nak belanja semua,
Nanti pukol 2ptg plak masuk sekolah ugama,
So kena berpada,
Tapi Allah bagi aq satu kawan baik,
Mak bapa dia cikgu,
Kira orang senang gak la,
Dia sungai aq plak Bugis,
Selalu dia sponser aq makan Nasi kuning Ikan merah,
hARGA rm1.20,
Barangsiapa yg dapat makan menu tu dh dikira org kaya la waktu tu,
Dekat sekolah ugama pun dia ni rajin belanja aq,
Kadang2 habis ja sekolah rendah,
Dia ajak p umah dia,
Makan tengahari semntara nak p skolah ugama plak,
Nurget goreng tu mmg lejen kat umahnya,
Habis makan aq main game King Of Fighter 98 kat pc dia,
Kadang2 layan Pacman gak.
hahah
lebih kurang mcm ni la
Namun,
Semacam mana peribahasa "Yang Datang Pasti Akan Pergi",
Begitulah juga dengan M.A.S.A!!.
Ya, MASA.
Manusia mana yg tidak bersahabat dengan MASA??
Hatta bole katakan setiap diri kita pernah pakai jam tangan,
Masa tidak akan berhenti berputar,
ia akan terus berdetik dan berdetik,
Menukar angka waktu dari 1 ke 12,
Juga hari yang pasti akan berlalu,
Mungkin bagi sesetengah orang berpendapat MASA ni jahat!!!,
Mybe la kot,
Sebab MASA xpernah statik,
Mungkin bole kata dia bersifat farmasi,
Xpernah pula dia menunggu kita,
Ia akan berlalu pergi begitu sahaja,
Samada dimanfaat atau disia.
So,
Mungkin peringatan waktu tiba Befday ni,
Bole bagi ingat diri,
Sebenarnya diri semakin dimamah usia,
Kena sedia bekalan lebih2 untuk bertemuNYA,
Terkadang leka berbanyak bicara,
Gelak ketawa berdekah-dekah,
Tangis tawa sekadar bersahaja,
Serius nak kata,
Aq bukanlah hamba yg baik,
Cuma berusaha mengikuti yg dikehendak,
Selagi beragama ikutlah syariat,
Berdoa pada Allah moga kita senang di akhirat.
Terima Kasih buat Ibu dan Bapa,
Sahida Lasahidan & Ramli Miringan,
Mencurah kasih sayang dari bayi,
Hingga saat ini,
Both of u are The Best,
Moga Allah masukkan kamu ke dalam syurgaNYA tanpa Hisab.
Aaminn.
Yang Benar,
chenko92@Sergio Busquets Versi Sandakan,
19 Julai 2016M/14 Syawal 1436H
01:02AM,
Bundu Tuhan,
Ranau.
p/s: Hepy befday bro.
No comments:
Post a Comment