Saturday, September 17, 2016

70 KELUARGA MUALLAF DIRAIKAN

Alhamdulillah, menerusi Hidayah Centre Bundu Tuhan Program ibadah Qurban telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di daerah Ranau bagi tahun 2016.

Edisi yang memasuki tahun ke-3 ini telah melibatkan tiga kawasan perkampungan iaitu Kg Siba Bundu Tuhan, Kg Perancangan dan Kg Daramakan, Ranau.


Bersama penduduk kampung menunaikan solat sunat Aidil Adha di Surau At-Taqwa Bundu Tuhan

Seekor lembu yang disumbangkan untuk asnaf Bundu Tuhan

Tompinai Poingkaaa

Mengasah bakat di masa muda untuk hari tua.hehe

Foto kenangan bersama keluaraga muallaf Bundu Tuhan

Sesi pengagihan ke rumah muallaf


Program Ibadah Quran mula dilaksanakan pada hari isnin 12.september.2016 di perkarangan Surau At-Taqwa Kg Siba Bundu Tuhan. Program dimulakan dengan penduduk muslim solat sunat Aidil Adha berjemaah dan mendengar khutbah yang telah disampaikan oleh Encik Joannes Lukas, Pengurus Besar Hidayah Centre Sabah.

Pada Keesokan harinya, program ibadah Qurban dilaksanakan di perkarangan dewan Kg Perancangan Ranau. Seramai 25 keluarga muallaf mendapat agihan daging qurban di kg tersebut. Para penduduk muslim di Kg Perancangan amat teruja sekali dengan adanya program ibadah Qurban sebegini kerana ini merupakan program yang pertama kali diadakan untuk mereka.

Pada Rabu pula, program ibadah Qurban ini diraikan bersama keluarga-keluarga muallaf di Kg Daramakan Ranau. Para penduduk muslimin dan muslimat bergotong-royong melapah daging qurban untuk diagihkan kepada para penerima. Seramai 28 keluarga muallaf menerima agihan daging qurban.

Untuk akhirnya, kami dari Hidayah Centre Bundu Tuhan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampung di Kg Siba Bundu Tuhan, Kg Perancangan dan Kg Daramakan yang amat memberikan kerjasama dalam menjayakan ibadah Qurban pada tahun ini.

Juga tidak dilupa, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih khasnya kepada para penyumbang yang budiman yang menyumbang 3 ekor lembu.

Semoga dengan pegorbanan wang ringgit kalian demi untuk meraih dan memberi sokongan khususnya kepada golongan saudara baru di negeri Sabah ini mendapat ganjaran di sisi Allah Subhanahu Wata'ala.

"Daging (haiwan qurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNYA adalah ketaqwaan kamu" -
Suroh Al-Hajj ayat 37-

Sekian, Ponsikou.

chenko92
18092016
1.08pm
Bundu Tuhan

Thursday, September 8, 2016

Ujian Lisan Al-Quran UPKK 2016 (Murid Tahun 5 KAFA Kg Karanaan, Ranau)

Ujian Lisan Al-Quran,
Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK),

Tarikh: 08.September.2016.
Masa: 0200pm - 0500pm.
Tempat: SAR Kg Kemburongoh Ranau.
Pelajar terlibat ; Pelajar UPKK KAFA Zon Kemburongoh.
Di dalam gambar : Pelajar UPKK KAFA Kg Karanaan.

Alhamdulillah, hari ini bermulanya peperiksaan UPKK untuk ujian lisan, manakala ujian bertulis UPKK dijangka akan bermula awal Oktober nanti.

Terasa ex-cited nak teman-temankan anak murid KAFA Kg Karanaan exam lisan hari ni.
Nak tgok cmna  bebudak ni handle emosi di depan penemuduga.

Mereka ber-5 ni bole dianggap teman sejati dh rasanya.
Apa tak-nya, ber-5 sekelas di sekolah rendah juga di KAFA.
Nak detect sebab kalau sorang xhadir pun senang ja, salah satu faktornya dorang2 ni punya rumah mmg sangat hampir antara satu sama lain. hihi

Nak dijadikan cerita hari ni,
Alhamdulillah belom pun pukol 1:30 pm mereka dh terpacak di lokasi peperiksaan.
Exam start pkol 2ptg, tp sebab penemuduga dh dtg awal maka mereka berlima ni didahulukan.




                                                       
Nur Farahiyyah Binti Laminus manis sungguh senyumnya,
paling cepat pick-up dalam setiap pelajaran,
Kalau bukan nombor 1 dalam kelas bukanlah dia,
the one girl student dalam kelas KAFA tahun 5.
kesian jugak kadang2. haha


Mohamad Dill Adrill Bin Raili,
Berbadan besar diantara rakan-rakannya,
Menghayal berkhayal hobinya dalam kelas,
Hatinya cepat tersentuh juga baik orangnya.
                                                           

           

Mohamad Syafwan Syahmie Bin Rohinin nama diberi,
Sports-man dialah orangnya,
bergurau senda semasa ku mengajar itu perangainya,
Ingatan nya kuat bila disuruh menghafaz quran itu cirinya.       
                                   




Si Kecil Mohammad Izlansyah Bin Mohammad Ali,
badannya kecil kuat ketawa nya,
Enjin dia ni lambat panas sikit,
tapi bila dapat tangkap isi pelajaran dia-lah yg paling awesome ketika itu.             

                                                               Click video untuk tonton                                                                       


The Kacak-Boy, Naufal Ajas Bin Ali.
Ketua kelas yg rajin & bersemangat waja, 
super-hero yg xdidendang itu lah gelaran ku untuknya,
kawan-kawan dia sorang xhadir, dia ni la jugak yg p cari ke rumah mereka.

                                             

Alhamdulillah, selesai ujian lisan al-quran untuk hari ni.
Feedback dorg ber5 ni pun kata ok, mudah-mudahan lulus,
Dapat result A itu satu pencapaian,
Tapi aq dh pesan dkt dorg awal2, xdapat A pun xpa,
Lulus pun dh kira ok, & the most important is kamu faham ilmu-ilmu yang diajar semasa didalam kelas untuk digunakan pada praktikalnya nanti.

Itu dh cukup baik bagi seorang cikgu untuk anak muridnya.
Itu just falsafah aq je, mungkin berbeza dgn anda dluar sana.
Life Is Simple.

Layan dulu telatah bebudak ni lepas exam lisan tadi,
Panjang umur kamu nnt try2 la search blog ust hangpa ni ya,
bole juga hangpa rewind memory tgok gelagat kamu masa kecik2.
hihi



Zaman persekolahan zaman yg sungguh indah,
suka duka ditempuhi bersama rakan-rakan yang ada,
Ku doakan kejayaan dunia & akhirat untuk kamu yg disayang.


 Bersama budak-budak baik, cerdas & proaktif.
Mengukir kenangan bersama dikesempatan yg ada,
buat kenangan dihari tua (InsyaAllah jika umur ku panjang).

              Gambar bangunan belakang : SAR (Sekolah Agama Rakyat) Kg Kemburongoh, Ranau

00:13,
09092016,
didalam bilik atas kerusi dpn notebook,
Bundu Tuhan.

Monday, July 18, 2016

Edisi di Hari Jadi,
19 Julai 1992,
Kg Garinono Batu 25 Sandakan.


Rasa terpanggil nak meng-Sharing di laman ini.
Letih sebenarnya, ni baru balik dari men futsal dgn kengkawan,
Sedap gak court Futsal Marakau, Ranau tu.
Mcam ada aura Ronaldinho dalam court tu td,
Nth brp ole aq bagi mlm ni.hahahah (ketawa jahat).

_________________________________________________________________________________

Tika ini,
Usiaku menjangkau angka 24.
Serasa macam baru kemarin aq mengenakan pakaian sekolah rendah,
baju putih berseluar biru,
Pegi sekolah muka kuyu-kuyu.

Ingat lagi,
Dulu pepagi kami bertiga pagi2 buta dah tunggu bas tepi jalan rumah,
Ceritanya nak pegi sekolah,
Aq, Hilmiah & Marlina,
Perit duka sengsara bahagia tempuhi bersama,
Kadang kala waktu pagi nak p sekolah terlepas bas,
balik petang t pun kdg2 terlepas plak.

Bayangkan je la,
Bangun pagi pukul 0500,
Dalam beg baju sekolah ugama dah siap2 pack,
Pegi sekolah rendah pkul 0600,
Sekolah rendah tamat pukol 12 lebih,
Nanti jalan kaki lagi pegi sekolah ugama (SUIS).

Dengan berbekalkan RM1.20,
RM 0.30 tambang bas sekolah,
Pulang balik kena siap2 RM0.60,
Terkadang duit habis xda bikin tambang bas,
Terpaksa buat muka sedih dekat kondaktor,
Bas Labuk (NO 32) itu lejen,
Ada lagi baki RM0.60,
Xbole nak belanja semua,
Nanti pukol 2ptg plak masuk sekolah ugama,
So kena berpada,
Tapi Allah bagi aq satu kawan baik,
Mak bapa dia cikgu,
Kira orang senang gak la,
Dia sungai aq plak Bugis,
Selalu dia sponser aq makan Nasi kuning Ikan merah,
hARGA rm1.20,
Barangsiapa yg dapat makan menu tu dh dikira org kaya la waktu tu,
Dekat sekolah ugama pun dia ni rajin belanja aq,
Kadang2 habis ja sekolah rendah,
Dia ajak p umah dia,
Makan tengahari semntara nak p skolah ugama plak,
Nurget goreng tu mmg lejen kat umahnya,
Habis makan aq main game King Of Fighter 98 kat pc dia,
Kadang2 layan Pacman gak.
hahah



                                                                   lebih kurang mcm ni la



Namun,
Semacam mana peribahasa "Yang Datang Pasti Akan Pergi",
Begitulah juga dengan M.A.S.A!!.

Ya, MASA.
Manusia mana yg tidak bersahabat dengan MASA??
Hatta bole katakan setiap diri kita pernah pakai jam tangan,
Masa tidak akan berhenti berputar,
ia akan terus berdetik dan berdetik,
Menukar angka waktu dari 1 ke 12,
Juga hari yang pasti akan berlalu,
Mungkin bagi sesetengah orang berpendapat MASA ni jahat!!!,
Mybe la kot,
Sebab MASA xpernah statik,
Mungkin bole kata dia bersifat farmasi,
Xpernah pula dia menunggu kita,
Ia akan berlalu pergi begitu sahaja,
Samada dimanfaat atau disia.


So,
Mungkin peringatan waktu tiba Befday ni,
Bole bagi ingat diri,
Sebenarnya diri semakin dimamah usia,
Kena sedia bekalan lebih2 untuk bertemuNYA,
Terkadang leka berbanyak bicara,
Gelak ketawa berdekah-dekah,
Tangis tawa sekadar bersahaja,
Serius nak kata,
Aq bukanlah hamba yg baik,
Cuma berusaha mengikuti yg dikehendak,
Selagi beragama ikutlah syariat,
Berdoa pada Allah moga kita senang di akhirat.

Terima Kasih buat Ibu dan Bapa,
Sahida Lasahidan & Ramli Miringan,
Mencurah kasih sayang dari bayi,
Hingga saat ini,
Both of u are The Best,
Moga Allah masukkan kamu ke dalam syurgaNYA tanpa Hisab.
Aaminn.


Yang Benar,
chenko92@Sergio Busquets Versi Sandakan,
19 Julai 2016M/14 Syawal 1436H
01:02AM,
Bundu Tuhan,
Ranau.

p/s: Hepy befday bro.



Thursday, March 17, 2016

Tika Saat Ini versi Ketuhanan (LIRIK)

Mencari-cari,
Sebuah cinta hilang,
Sat begini ternanti-nanti,
Kau terbang melayang.

Bertanya-tanya iman di dada,
Mengapa layu jua,
Bertanya-tanya dihujung waktu,
Dosa yang lalu.

Ku harapkeampunan,
Walau hanya ku mendakap,
Nikmat tuhan,
Bersama rindu pengharapan.

Saat ini ku insafi,
Ku kembali,
Ku berjanji,
Menjaga hati,
Dan terus dijalanmu.

Walau iman mencalar,
Ku cuba sedayaku,
Dengan rahmatmu,
Ku tetap bahagia.

Tika begini,
Engkau disisi,
Saat begini,
Ku padu janji,
Cinta yang satu.

Tak lagi sendiri....




chenko92
18/03/2016
HC Alamesra

Saturday, March 5, 2016

About 500++KM 
Lokasi Mula : Alamesra Kota Kinabalu - Kota Belud - Kota Marudu - Pitas - Paitan -Sapi Nangoh -Ranau.
Tarikh : 06 Januari 2016
Masa : 0615 - 1830
Kekuatan : 2 Rider
Jentera : Yamaha LC135
Bajet Minyak: RM30 (Motor Standard)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Moga anda yg sedang membaca entry sy pada kali ini dikurniakan kesihatan 
yg baik dari Allah SWT Tuhan yg Maha Esa.

Terpanggil-panggil sang jari jemari ini mencoret sedikit perjalanan di awal tahun baru 2016.
Mari ikuti coretan bergambar yg kurang berdefinisi tinggi resolusinya.


Mercu Tanda Tuaran - THE HORSE


Sekitar jam 0850 tiba di Kota Belud @ KB


Jelapang Padi Kota Belud, background sawah padi ni berlatar 
belakangkan Gunung Kinabalu. Kalau nak snap pic full view G.Kinabalu 
kenalah sampai sebelum pukul 8pagi ya. Time ni dh xnampak view Kinabalu.


Tiba di simpang tiga.
Simpang kiri menuju ke Kudat 
manakala simpang ke kanan menuju ke Kota Marudu.



Power Rangers.
Singgah sekejap di Dataran Bengkoka Pitas,
belakang kami ni ada penginapan untuk di sewa juga
restoran yg menyediakan makanan seafood.nyum2





Pekan Paitan.
Nak cerita pasal jalan aspal sepanjang pitas - paitan ni mmg agak teruk la.
xbole laju, jalan beralun-alun, banyak lobang. Kalau lori mmg sedap jalan kawasan ni.hahah


Sepanjang menuju jalan dikawasan Sungai-sungai ni,
nak bgtau jalan raya pun agak xmemuaskan. banyak lobang sana sini.



Alhamdulillah, selamat tiba di last-checkpoint iaitu di simpang Sapi Nangoh Beluran.
Jam menunjukkan 1500 tepat. Terus terang mmg agak penat jugak.haha


Jalan Paitan-Sapi Nangoh Alhamdulillah berjaya ditawan.
So, now go back to my second home town, Ranau. hahaha



Niat untuk menjelajah Pitas - Paitan - Sapi Nangoh akhirnya tercapai tanpa ada sebarang masalah yg tidak diingini berlaku. Syukur dipanjatkan kepada Sang Pencipta Allah SWT. Sejujurya, aq agak penat jugak untuk menghabiskan perjalanan pada kali ini. Apa tidaknya, dengan terpaksa melalui jalan raya yg berlobang-lobang, tidak rata dan beralun-alun. Rider lah konon!!! kahkah

Sampai saja dkt rumah baru terasa tulang-tulang belakang ni memberikan feedback yg xpositif. hahha. Apapun, ride pada kali ini memang sempoi, tenang dan cuaca juga yg memberikan riding kami lancar tanpa sebarang masalah. Segalanya Allah punya, kita xpunya apa-apa. Alhamdulillah.

Insya Allah, misi seterusnya ingin menjelajah Daerah Semporna plak. 
Banyak Pulau-pulau yg menarik disana tuuuuu. Mesti best ohhhh, sbb boleh Snorkeling. yeah.

Akhir kata,
Nak Sihat, Dengarlah Nasihat.

      by
chenko92
05 march 2016
0643pm