Lokasi Mula : Alamesra Kota Kinabalu - Kota Belud - Kota Marudu - Pitas - Paitan -Sapi Nangoh -Ranau.
Tarikh : 06 Januari 2016
Masa : 0615 - 1830
Kekuatan : 2 Rider
Jentera : Yamaha LC135
Bajet Minyak: RM30 (Motor Standard)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Moga anda yg sedang membaca entry sy pada kali ini dikurniakan kesihatan
yg baik dari Allah SWT Tuhan yg Maha Esa.
Terpanggil-panggil sang jari jemari ini mencoret sedikit perjalanan di awal tahun baru 2016.
Mari ikuti coretan bergambar yg kurang berdefinisi tinggi resolusinya.
Mercu Tanda Tuaran - THE HORSE
Sekitar jam 0850 tiba di Kota Belud @ KB
Jelapang Padi Kota Belud, background sawah padi ni berlatar
belakangkan Gunung Kinabalu. Kalau nak snap pic full view G.Kinabalu
kenalah sampai sebelum pukul 8pagi ya. Time ni dh xnampak view Kinabalu.
Tiba di simpang tiga.
Simpang kiri menuju ke Kudat
manakala simpang ke kanan menuju ke Kota Marudu.
Power Rangers.
Singgah sekejap di Dataran Bengkoka Pitas,
belakang kami ni ada penginapan untuk di sewa juga
restoran yg menyediakan makanan seafood.nyum2
Pekan Paitan.
Nak cerita pasal jalan aspal sepanjang pitas - paitan ni mmg agak teruk la.
xbole laju, jalan beralun-alun, banyak lobang. Kalau lori mmg sedap jalan kawasan ni.hahah
Sepanjang menuju jalan dikawasan Sungai-sungai ni,
nak bgtau jalan raya pun agak xmemuaskan. banyak lobang sana sini.
Alhamdulillah, selamat tiba di last-checkpoint iaitu di simpang Sapi Nangoh Beluran.
Jam menunjukkan 1500 tepat. Terus terang mmg agak penat jugak.haha
Jalan Paitan-Sapi Nangoh Alhamdulillah berjaya ditawan.
So, now go back to my second home town, Ranau. hahaha
Niat untuk menjelajah Pitas - Paitan - Sapi Nangoh akhirnya tercapai tanpa ada sebarang masalah yg tidak diingini berlaku. Syukur dipanjatkan kepada Sang Pencipta Allah SWT. Sejujurya, aq agak penat jugak untuk menghabiskan perjalanan pada kali ini. Apa tidaknya, dengan terpaksa melalui jalan raya yg berlobang-lobang, tidak rata dan beralun-alun. Rider lah konon!!! kahkah
Sampai saja dkt rumah baru terasa tulang-tulang belakang ni memberikan feedback yg xpositif. hahha. Apapun, ride pada kali ini memang sempoi, tenang dan cuaca juga yg memberikan riding kami lancar tanpa sebarang masalah. Segalanya Allah punya, kita xpunya apa-apa. Alhamdulillah.
Insya Allah, misi seterusnya ingin menjelajah Daerah Semporna plak.
Banyak Pulau-pulau yg menarik disana tuuuuu. Mesti best ohhhh, sbb boleh Snorkeling. yeah.
Akhir kata,
Nak Sihat, Dengarlah Nasihat.
by
chenko92
05 march 2016
0643pm
No comments:
Post a Comment