VIRUS LEPTO.
BismillahirohmanirrohimAssalamualaikum Warohmatullohi Wabarokatuh & Salam Sejahtera.
Moga kalian sihat2 disamping orang yg disayang.
Hari ni 25/02/2016 Khamis saya nak berkongsi cerita sikit.
Sharing pasal sakit dan kesihatan. hihi
Pada tanggal 20/02/2016 sabtu kira-kira sekitar jam 7:10 minit malam, aq tetiba pening kepala rasa nak mual bila masuk kereta member. Mungkin lama xnaik kereta kot. sbb hampir setiap hari aq menunggang kuda saje.hahah.
Waktu tu aq & member sorang tu Azwan Abdullah nak ke rumah mokcik di Kg Gondohon, dekat jer dengan jarak rumah kami dalam 7-8 minit sampai. Hasrat hati nak makan ketam masak lemak bersama pokcik & mokcik. Sbb lainnya kami nak suruh mokcik tu masakkan crab tu then kitorg makan sama-sama. Al-maklumlah kami berdua bujang lagi, bab masak ketam ni memang xtau n xpandai. Takat nak masak sosej tu, hangpa bagi aq jer..hahaha
Nak disambung kan crita, seusai kami solat isyak berjemaah tiba2 aq rasa sejuk satu badan, Lain macam sejuknya smpai 3 lapis selimut pun aq masih menggigil + sakit kepala + mual nak muntah + susah nak bernafas. Then pokcik mokcik n member bawak aq Klinik Bundu Tuhan dkt kg ni jer. M.A tu ambik darah then gtau suh bawak aq g hospital Ranau sbb ada infection on my blood & darah putih xnormal... Alamakkkkkkkk.hahah
X-ray dulu sebelom tido.haha
Kesan bengkak, coz air xdapat masok. Saluran hos air tu xbjalan.
pindah kat lengan plak dah. fuhh.Doktor mengeSAHkan darah aq terkena sejenis Virus Leptospirosis atau bahasa medicnya Lepto.
Korang cari sendiri lah whats the meaning of Leptospirosis dkt pokcik Google.hahahha
Alhamdulillah Virus Lepto ni masih diperingkat awal. Just follow guideline apa yg doktor inform jer.
Penat jgk ni, sbb dh keluar hospital pada isnin 22/02/2016 tapi masih ada oppoinment dengan doktor selang 2 hari.
Gula-gula dari pharmacy, DOXYCYCLINE.
Kena habiskan dalam masa 5 hari b'mula 22/02/16
B'fungsi membunuh virus Lepto.
Kesan pengambilan akan rasa pening2 dan berak2.
Makanan & minuman make sure tak x-pired dan bersih serta xpyah makanlah dkt restoran2 yg kotor ya. Kebersihan kan separuh daripada Iman..
Sebelum tu ku nak ucapkan ribuan terima kasih kerana tolong hantarkan,tolong tgok2kan aq dihospital Azwan Abdullah, seorang sahabat yg baik, dan yg aku patut contohi salah satu sifatnya ni ialah suka membantu orang lain. Semoga Allah membalas jaa baikmu serta merahmati mu saudara.
Akhir kata,
Kalau nak Sihat Dengarlah Nasihat.
by
-chenko92-
04.20pm
25/02/2016
Khamis
No comments:
Post a Comment